KHARTOUM 9 Dis. – Sebuah helikopter terhempas mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh pegawai kerajaan maut di Timur Sudan hari ini. Menurut saksi kejadian, Adam Hassan, helikopter tersebut terbakar setelah melanggar menara telekomunikasi ketika cuba mendarat di sebuah padang di Al-Qadarif. “Api dan asap tebal kelihatan daripada helikopter berkenaan,” katanya. Kebanyakan pengangkutan tentera dan awam terdiri daripada kapal terbang buatan Soviet yang sudah lama. Sudan telah mengalami beberapa siri pesawat terhempas yang mana pihak tentera sering menyalahkan masalah teknikal dan cuaca buruk beberapa tahun lalu. Sementara itu, Gabenor Al-Qadarif, Mirghani Saleh memberitahu, mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya