SEMENJAK Ernie Zakri muncul di pentas Duo Star sekitar dua tahun lalu bersama Syamel, namanya yang agak suram dan kurang dikenali dalam kalangan penggemar lagu-lagu lokal kembali bersinar. Ketika itu, momentum karier Ernie naik mencanak dan kehadirannya mula mendapat perhatian. Ditambah dengan kejayaannya meraih anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) menerusi lagu duet bersama Syamel berjudul Aku Cinta, Ernie semakin galak mengukuhkan nama dalam industri muzik tempatan.…