KUANTAN – Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 34 tahun dari Lipis, dekat sini mendakwa syarikat itu mengiklankan perkhidmatannya di laman sosial Facebook. Mangsa yang berhasrat meminjam wang sebanyak RM5,000 telah mengisi borang lengkap dengan butiran peribadinya pada 5.25 petang 3 Disember lepas, sebelum dihubungi ‘wakil’ syarikat itu selang lima minit kemudian. “Suspek wanita yang menghubungi mangsa menawarkan pinjaman seperti jumlah yang diminta dengan bayaran bulanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya