KUALA LUMPUR 1 Dis. – Malaysia mensia-siakan aksi di laman sendiri apabila pertembungan dengan Thailand pada saingan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini menyaksikan ia berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Beraksi di hadapan lebih 87,000 penyokong setia skuad Harimau Malaya, Malaysia yang dibimbing oleh ketua jurulatih Tan Cheng Hoe mempamerkan aksi penuh bergaya dalam tempoh 20 minit pertama…