MINAT untuk mendalami bidang fotografi telah mendorong Amiratul Syahira Amran Shukri, 22, untuk melawat Ruangan Kreatif di Balai Seni Negara (BSN), Kuala Lumpur bersama dua lagi rakannya baru-baru ini. Pelajar Universiti Selangor (Unisel), Bestari Jaya, Selangor itu tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton pameran fotografi solo, Dennis Lau berjudul Classic Images of Borneo: A Fifty-Year Retrospective Show. Teruja untuk menyaksikan pameran sebegitu sementelahan meminati seni fotografi sejak zaman persekolahan, Amiratul…