BUTTERWORTH 19 Dis. – Hampir jatuh miskin. Itu yang dirasai pemandu-pemandu teksi di kawasan ini sejak terpaksa bersaing dengan pemandu e-hailing bermula kira-kira tiga tahun lalu. Malah, ada yang terpaksa pulang tangan kosong tanpa pelanggan meskipun mula bekerja seawal pagi dan bagi kebanyakan pemandu teksi itu, pendapatan RM30 sehari sudah dianggap terlalu mewah buat mereka. Seorang pemandu teksi, C. Supramaniam, 71, berkata, dia kini hanya mampu mendapat antara dua ke tiga pelanggan sehari dengan pendapatan sekitar RM30 hingga RM40. Situasi itu, katanya, jauh berbeza sebelum kemunculan pemandu e-hailing yang mana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya