KUALA LUMPUR 20 Dis. – Sebuah gudang perabot dua tingkat di Lot 108, Jalan Subang 5, Taman Perindustrian, Subang Jaya dekat sini musnah dalam kebakaran. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Nor Izham Mohd. Nidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.25 petang sebelum sepasukan bomba dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian. “Apabila tiba di lokasi, api sedang marak dan pasukan bomba dengan kekuatan dua pegawai bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya