JOHOR BAHRU 11 Dis. – Iltizam yang ada pada Mohd. Yahya Haidrus@Idrus, 47, mungkin tidak semua orang mampu melakukannya. Biarpun fizikalnya tidak seperti insan normal lain, namun semangat dan kesungguhannya untuk membantu golongan sepertinya wajar dipuji. Meskipun hanya berkerusi roda sejak lumpuh dari kecil, kekurangan itu tidak menjadi penghalang bagi anak jati Segamat ini untuk menabur bakti kepada masyarakat, khususnya orang kurang upaya (OKU). Ini dibuktikan dengan usahanya menubuhkan Pertubuhan…