KUANTAN 25 Dis. – Syarikat Konsesi Lebuhraya Pantai Timur, Anih Berhad (Anih) tidak akan berkompromi dengan kejadian pergaduhan yang berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini dan akan mengambil tindakan tegas berdasarkan prosedur ditetapkan. Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pada masa ini pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian pergaduhan yang berlaku antara pekerja R&R berkenaan dan pemandu bas. “Syarikat berasa amat kesal dengan kejadian berkenaan…










