Fungsi Majlis Agama Islam perlu diperluas - Utusan Malaysia

Fungsi Majlis Agama Islam perlu diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Majlis Agama Islam sewajibnya berperanan sebagai sebuah dewan pemikiran dan pentabdiran Islam di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan langsung Yang di-Pertuan Agong, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Baginda bertitah, Majlis Agama Islam juga perlu berperanan sebagai jambatan penghubung antara umat Islam dengan raja pemerintah, antara umat Islam dengan kerajaan pilihan rakyat dan antara umat Islam dengan warga bukan Islam.  

“Peranan Majlis (Majlis Agama Islam) wajib diluaskan, dimerdekakan daripada minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris. Peranan majlis hendaklah ditakrif secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan tenaga pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.   

“Walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara, selagi tindak tanduk majlis tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, negara hendaklah mengiktiraf majlis sebagai sebuah institusi yang berperanan penting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah,” titah baginda. 

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Hakim serta Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN