PETALING JAYA – Seramai empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden membelasah seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, di pekarangan Kuil Maha Mariamman, USJ di Subang Jaya pada 27 November lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini semalam untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Perintah tahanan reman selama empat hari itu dikeluarkan Majistret Mohd. Nor Hafidzuddin Yusoff ke atas kesemua lelaki tersebut sehingga Isnin depan. Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, jika disabit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya