KUALA LUMPUR 6 Dis. – Jumlah eksport bagi peranti perubatan Malaysia dijangka menjangkau RM23 bilion pada 2019 atau peningkatan lapan peratus tahun ke tahun, menurut analisis yang dijalankan Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI). Pengerusi AMMI, Christophe Marque berkata, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan terhadap 46 ahli AMMI, 50 peratus daripadanya yakin dapat merekodkan pertumbuhan dua digit dalam jualan eksport yang merupakan antara kesan positif daripada perang dagangan antara Amerika Syarikat…










