GERIK 3 Dis. – Dua wanita maut manakala dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 60, Jalan Raya Timur Barat, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Perodua Alza dan Proton Persona di mana dua wanita tersepit di dalam kenderaan. Katanya, kedua-dua mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba bagaimanapun didapati telah meninggal dunia di tempat kejadian. “Dua lelaki yang cedera termasuk seorang kanak-kanak telah dikeluarkan oleh orang awam dari kenderaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya