KOTA TINGGI – Gara-gara melakukan aktiviti pemindahan bahan bakar tanpa kebenaran September lalu, dua syarikat perkapalan asing didenda RM130,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Kapal FV Fu Yuan Yu 677 milik syarikat perikanan di China dan kapal tangki MT Sentek 33 milik Sentek Marine and Trading Pte Ltd di Singapura masing-masing diwakili seorang ejen perkapalan tempatan. Kedua-dua ejen tersebut membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff. Zahilah memerintahkan syarikat kapal FV Fu Yuan Yu 677 membayar denda sebanyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya