KLANG – Tindakan sekumpulan lelaki bertindak ala samseng dengan menghalang lalu lintas dan membakar mercun di Bulatan Simpang Lima di sini Ahad lalu membawa padah dengan dua daripadanya ditahan petang semalam. Kedua-dua lelaki masing-masing berumur 20 dan 22 tahun itu ditahan di dua lokasi berbeza di sekitar daerah ini antara pukul 1.45 hingga 3.15 petang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan mereka hasil daripada penularan sebuah video di laman sosial Facebook sejak semalam berkaitan perbuatan mereka itu. Katanya, siasatan mendapati perbuatan tersebut disyaki dilakukan ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya