KOTA BHARU – Musim tengkujuh dengan hujan lebat yang berterusan di Kelantan sejak beberapa minggu lepas menjadikan perniagaan dobi layan diri mendapat sambutan luar biasa. Tinjauan Bernama di sekitar Kota Bharu mendapati kebanyakan kedai dobi dipenuhi pelanggan malah ramai yang sanggup menunggu sehingga lebih dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan mencuci dan mengeringkan pakaian. Seorang pelanggan, Mohd Azilah Mat Zain, 39, yang berasal dari Jelawat, Bachok berkata, beliau sanggup mendapatkan perkhidmatan mencuci dan mengering di sebuah dobi di Pasir Tumboh berikutan kebanyakan kedai dobi berdekatan rumahnya sesak dengan pelanggan. “Perkhidmatan dobi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya