Disunat jurukhatan berbaju Melayu lengkap bersampin, tanjak - Utusan Malaysia

Disunat jurukhatan berbaju Melayu lengkap bersampin, tanjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Program berkhatan beramai-ramai anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman hari ini cuba membuat kelainan dengan jurukhatan terlibat segak berpakaian baju Melayu lengkap bersampin dan tanjak.

Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, pendekatan tersebut bertujuan untuk menghiburkan dan mengurangkan kegentaran 18 kanak-kanak lelaki yang menyertai program berkhatan terbabit.

“Kita juga mahu menonjolkan tradisi berpakaian Melayu kepada generasi muda tersebut agar menjadi inspirasi kepada mereka apabila melangkah alam kedewasaan kelak.

“Kesemua kanak-kanak lelaki yang berkhatan pada program anjuran bersama Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi PKD Kemaman ini terdiri daripada anak kakitangan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Anuar berkata, program berkhatan beramai-ramai tersebut merupakan acara tahunan kali kedua selepas kejayaan penganjuran sulung pada tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN