KUALA LUMPUR, 19 Dis – Atlet para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi muncul penerima tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) 2018 dengan jumlah RM260,000, selepas meraih pingat emas pada Sukan Para Asia di Jakarta. Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu menampilkan prestasi luar biasa sepanjang Sukan Para Asia 2018 di Jakarta selepas merangkul pingat emas dalam acara 100 meter (m), 400m dan lompat jauh kategori T36. Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dengan panggilan Dik Wan turut memecah satu rekod temasya dan satu rekod dunia. Dua lagi atlet negara,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya