KLANG – Hasrat dua penyamun untuk berjoli sakan hasil pecah rumah tidak kesampaian selepas seorang daripadanya dicekup dalam kejadian di Taman Kapar Ria di sini semalam. Penahanan suspek berusia 20-an itu dilakukan pukul 2 pagi selepas sejam melakukan jenayah berkenaan. Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, penangkapan suspek hasil rondaan cegah jenayah dilakukan anggota dari Balai Polis Kapar di kawasan berkenaan. Katanya, sewaktu dihampiri didapati kedua-dua…