JELEBU 19 Dis. – Seorang Dato’ Lembaga Luak Jelebu membuat laporan polis hari ini mendakwa seorang individu menggunakan jawatannya untuk mengelirukan masyarakat adat di luak berkenaan. Dato’ Maharaja Inda, Mohd. Nordin Mansor berkata, aduan itu dibuat di Balai Polis Simpang Durian dekat sini pukul 11.25 pagi tadi selepas beliau membaca satu laporan di akhbar Utusan Malaysia bertajuk ‘Ketua Adat Luak Jelebu Terus Dipertikai’. “Laporan akhbar itu menyebut mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Dato’ Maharaja Inda sedangkan saya sebenarnya adalah penyandang jawatan itu yang mendapat pengesahan daripada Dewan Keadilan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya