BARCELONA 27 Dis. – Philippe Coutinho pernah menjadi fenomena di Barcelona apabila gergasi bola sepak Sepanyol itu sanggup membelanjakan 130 juta pound (RM687 juta) untuk mendapatkan bintang tengah Brazil tersebut daripada Liverpool. Tidak sampai setahun berada di Camp Nou, Coutinho, 26, yang sebelum ini menjadi pemain kesayangan penyokong Reds bagaimanapun tidak disayangi peminat Barcelona yang mendesak dia dijual. Beberapa bulan pertama selepas menyertai Barcelona, Januari lalu, Coutinho menunjukkan aksi meyakinkan, namun memasuki musim baharu dia agak tenggelam. Dia hanya diturunkan sembilan kali dalam kesebelasan utama musim ini, selain enam kali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya