KUALA LUMPUR 27 Dis. – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, CIDB e-Construct Services Sdn. Bhd. (CIDBEC), akan menggubal pelan tindakan Revolusi Industri Keempat 4.0 (IR 4.0) bagi industri pembinaan menjelang Januari 2020. Pelan tindakan itu akan meliputi tempoh lima tahun mulai 2020. Ketua Pegawai Eksekutif CIDBEC, Rofizlan Ahmad berkata, pelan tindakan itu bertujuan menyediakan arah tuju yang jelas untuk penggiat industri, selain menyelaraskan program akan…










