SINGAPURA 11 Dis. – Firma pelaburan swasta Amerika Syarikat (AS), Castlelake LP membeli 30 pesawat daripada AirAsia Group Berhad dengan nilai kasar berjumlah AS$800 juta (RM3.34 bilion), menurut sumber. Perjanjian itu mencerminkan komitmen syarikat pelaburan untuk melabur dalam sektor pajakan pesawat global susulan permintaan yang semakin meningkat terhadap penerbangan tambang murah selain pertambahan trafik penumpang. Bagi AirAsia, perjanjian tersebut memberi peluang kepada syarikat itu untuk fokus kepada digital dengan aset…