Pada November 2018, Google dan Temasek mengemas kini kajian industri mereka yang menyatakan e-dagang di Asia Tenggara dijangka bernilai RM996 bilion menjelang 2025. Angka yang dikemas kini meningkat daripada ramalan tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM166 bilion disebabkan peningkatan besar dalam khidmat penyewaan semasa bercuti, penghantaran makanan, langganan muzik dan video atas permintaan dalam talian. Kajian itu turut meramalkan ekonomi internet di Asia Tenggara akan mencecah nilai dagangan kasar (GMV) RM299…