AMALAN mencuci tangan adalah sesuatu yang amat penting bagi menghalang daripada berlakunya pemindahan kuman dan bakteria penyebab penyakit. Tangan manusia selalunya menyebarkan 80 peratus daripada penyakit berjangkit umum dan penjagaan kebersihan tangan secara berkesan adalah satu langkah yang dapat mengawal jangkitan. Antara penyakit yang paling mudah dijangkiti disebabkan sebaran menerusi sentuhan ialah penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD). Apabila seseorang yang dijangkiti bersin atau batuk pada tangan, kuman mudah disebarkan…










