Buaya tinjau pusat pameran kereta Chrysler - Utusan Malaysia

Buaya tinjau pusat pameran kereta Chrysler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUERTO VALLARTA, Mexico – Seekor buaya besar dirakam berkunjung ke sebuah pusat pameran dan jualan kereta Chrysler di sini baru-baru ini.

Seorang kakitangan premis itu sempat merakam kelibat reptilia berkenaan yang merangkak di sekeliling beberapa model kereta pameran tanpa menghiraukan kehadiran manusia.

Kakitangan lain pula menelefon agensi perkhidmatan perlindungan awam untuk melaporkan mengenai kehadiran buaya yang dianggarkan sepanjang 2 meter.

Beberapa laporan media mendakwa, seorang pengawal keselamatan terdengar bunyi bising dari dalam premis berkenaan dan mendapati ada seekor buaya besar berlegar-legar di sekitar ruang pameran.

Polis Puerto Vallarta menyatakan haiwan itu berjaya ditangkap sebelum dilepaskan semula ke habitat asal. Tiada sebarang kerosakan berlaku di premis itu dan tiada kecederaan dilaporkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×