EDINBURGH – Sekumpulan anggota bomba dipanggil untuk membantu mengeluarkan tayar buaian yang tersangkut pada leher seekor badak sumbu di sebuah zoo di sini baru-baru ini. Menurut laporan, tayar buaian itu tersangkut antara kaki dan leher badak sumbu bernama Qabid dalam kurungan di Zoo Edinburgh di sini pada pukul 6 petang Ahad lalu. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Scotland menggunakan beberapa peralatan pemotong hidraulik untuk memotong tayar tersebut selepas mamalia berumur…










