AWANG bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menasihatkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa di Petaling Jaya hari ini. Sudah pasti sebagai sebuah agensi yang profesional, PDRM membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan segala aspek terutamanya keselamatan. Apatah lagi kalau perhimpunan itu diteruskan, ia bertembung dengan #DaulatHimpunan812 di Dataran Merdeka. Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak mempertikaikan keputusan polis…










