BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 7 DISEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 7 DISEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG betul-betul tidak faham apa motif Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mahu mengadakan perhimpunan esok di Petaling Jaya yang bakal menyaksikan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bukankah himpunan itu akan bertembung dengan perhimpunan #DaulatHimpunan 812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang pastinya akan dihadiri ribuan orang Melayu.

Kenapakah Suhakam beria-ia benar mahu mengadakan perhimpunan sedangkan sudah hampir sebulan semua maklum #DaulatHimpunan812 akan diadakan? Pada pandangan Awang tindakan Suhakam tidak bijak, biarpun apa alasannya.

Sepatutnya, kalau benar Suhakam mementingkan perjuangan hak asasi, mereka tidak akan menganjurkan perhimpunan di Petaling Jaya.

Suhakam sepatutnya membiarkan dahulu perhimpunan di Dataran Merdeka berlangsung. Kalau selepas itu mereka mahu mengadakannya pada 10 Disember iaitu sambutan Hari Hak Asasi Manusia, silakan sahaja.

Suhakam boleh berhujah apa sahaja bagi ‘menghalalkan’ kenapa mereka mengadakan perhimpunannya.

Tetapi dua perkara Suhakam tidak mampu elak ialah kebangkitan orang Melayu mempertahankan hak asasi mereka yang termaktub dalam Perlembagaan. Dan persepsi Suhakam memang mahu menggagalkan #DaulatHimpunan812, sama ada betul atau tidak, Suhakam pasti tahu jawapannya.

Awang – Tahu apa tersirat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN