MELAKA 16 Dis. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbuka menerima penyertaan mana-mana pemimpin UMNO yang ingin ‘berhijrah’ namun perlu melalui kaedah ditetapkan. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah menetapkan beberapa prosedur dan proses yang perlu dipatuhi setiap individu termasuklah pemimpin berpengaruh UMNO sebelum diterima menyertai parti berkenaan. Menurutnya, Bersatu sudah menjelaskan dasarnya untuk membuka keahlian kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai parti itu. “Bagaimanapun, mereka yang merupakan…