PETALING JAYA 28 Dis. – Seorang bekas pembantu tokong didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memikat seorang wanita yang telah bersuami untuk melakukan persetubuhan pada September lalu. Tertuduh, Chang Ye Siong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir. Sementara itu, di hadapan Majistret Salamiah Salleh, Ye Siong turut didakwa atas pertuduhan mengugut untuk menyebarkan gambar lucah seorang…










