KITA memanjatkan syukur ke hadrat-Nya kerana perhimpunan #DaulatHimpunan812 pada Sabtu lalu berlangsung aman damai. Antara sempat Tumpang amati daripada himpunan yang khabarnya menjemput kehadiran ratusan ribu orang ini berkisar sikap tolak ansur pesertanya. Tak terdengar langsung ada perbuatan provokatif. Gambar-gambar pemimpin kerajaan atau presiden parti-parti politik tidak pun dipijak-pijak. Atau kata-kata kesat dilemparkan. Sungguh! Tidak ada. Siapakah yang bertolak ansur dan siapakah yang tidak bertolak ansur? Atau yang menjadi mangsa…