Bayi ditinggalkan dalam kotak di surau - Utusan Malaysia

Bayi ditinggalkan dalam kotak di surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Ahli jemaah Surau Al- Ittifaq di Taman Keramat Permai, Ampang dekat sini gempar apabila menemukan seorang bayi lelaki dalam sebuah kotak dekat sini malam tadi.

Difahamkan bayi berkenaan ditemukan oleh salah seorang jemaah surau itu sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak pada pukul 8.56 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata pemeriksaan pihaknya mendapati bayi berada dalam keadaan sihat, berpakaian penuh dan terdapat lampin pakai buang serta susu di dalam kotak.

“Berdasarkan pemeriksaan, bayi tersebut berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.

“Buat masa ini bayi berkenaan ditempatkan di Zon Kuning,  Hospital Ampang bagi tujuan rawatan dan siasatan mengenainya masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN