KUALA LUMPUR 5 Dis. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksana kaedah bayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019 yang mampu memberi faedah lebih besar kepada peminjam berpendapatan rendah. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, kaedah PGB itu akan dilaksana mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam berbanding kaedah lama yang bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh bayaran balik. “PGB adalah bayaran balik mengikut peratus…










