SIKAP toleransi atau bertolak ansur merupakan amalan yang dituntut dalam Islam. Namun, tidak semua perkara boleh diberi kebebasan terutama apabila melibatkan elemen kekufuran dan maksiat. Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, salah faham berhubung kebebasan beragama dan kesamarataan yang ditafsirkan oleh sebahagian pihak sebagai amalan toleransi dalam negara ini adalah jauh tersasar. Beliau yang juga Ketua Biro Hubungan Antarabangsa dan Kajian Tamadun di Isma berkata, meskipun…










