BUTTERWORTH – Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul anak gadisnya berusia 15 tahun, minggu lepas. Lelaki itu yang berusia 38 tahun didakwa melakukan amang fizikal ke atas anak perempuannya dengan maksud seksual menyentuh badan mangsa di sebuah rumah di Perai dekat sini pada pukul 7.20 pagi, 17 Disember lalu. Pekerja kontrak itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya