IPOH 14 Dis. – Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara Hidup (BSH) musim tengkujuh kepada pekebun-pekebun kecil di negara ini dalam masa terdekat. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, bantuan itu akan turut diberikan kepada petani, nelayan, penoreh getah termasuk peneroka Felda. Beliau berkata, Kabinet pada Rabu lalu bersetuju menyalurkan bantuan tersebut selepas menerima laporan mengenai keadaan golongan berkenaan yang terjejas pendapatan disebabkan musim tengkujuh. “Jumlah bantuan…