Sebagai salah sebuah universiti terbaik di Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memberi tumpuan kepada pembangunan mahasiswa untuk melahirkan graduan berkualiti, berketerampilan, berdaya saing dan serba boleh. Tumpuan diberikan kepada pembinaan sahsiah pelajar termasuk keupayaan berinteraksi dengan masyarakat. Pengarah Projek A’TEX Grooming Programme & Career Guidance, Mohamad Afiq Aiman Che Mohd. Zulkarnain, 21, berkata, program itu diperkenalkan pada Ogos lalu dan sudah berlangsung di lebih 10 buah sekolah terpilih. “Terkini kami…