KUALA LUMPUR 14 Dis. – Bakal bergelar doktor, Sharifah Husna Syed Feizal, 25, muncul juara musim kedua program pencarian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018. Kemenangan gadis tinggi lampai itu sekali gus menewaskan sembilan peserta lain dalam pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Utusan, Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini. Sebagai juara, Husna layak membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan kontrak lakonan tajaan A. Aida Production…