SEJARAH negara ini mengemukakan banyak fakta dan peristiwa yang memungkinkan pihak raja-raja Melayu mengingatkan rakyat kepelbagaian kaum supaya tidak bertindak melampau menafikan kedaulatan agama Islam di negara ini. Raja Melaka, Parameswara mengikut catatan sejarah, memeluk Islam sebagai lambang pengislaman kerajaan Melayu dan permulaan sejarah negara di bawah naungan raja Melayu ini tidak seharusnya dicabar dengan sewenang-wenangnya. Prinsip perundangan dan pelaksanaan Islam selaras dengan adat istiadat Melayu yang telah diterima berdekad-dekad lamanya di negara ini seharusnya diambil sebagai satu kepunyaan rakyat semua kaum. Ini kerana pelaksanaan Islam secara adil itu tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya