SAUDARA PENGARANG,PEMBELAAN nasib ibu-ibu tunggal beragama Islam di negara ini selepas diceraikan perlu diambil perhatian sewajarnya. Hal demikian ini kerana kebanyakan mereka terutama yang masih muda seolah-olah tidak diambil peduli. Kebanyakan mereka terbiar bersendirian tanpa diberikan galakan seperti bantuan dari segi sara hidup khususnya mereka yang mempunyai anak-anak masih kecil. Begitu juga tidak diberikan ruang dan peluang untuk mereka mendapatkan pengganti sebagaimana mudahnya golongan duda mencari calon isteri. Mungkin terhalang oleh adat dan adab turun temurun yang menyempitkan ruang untuk mereka bebas mendapatkan calon suami. Bermacam-macam tohmahan dilemparkan kepada ibu-ibu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya