Azwanddin ditahan - Utusan Malaysia

Azwanddin ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Polis hari ini menahan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah kerana melakukan ugutan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Azwanddin ditahan di Kompleks Keramat Mall, Jalan Keramat di sini kira-kira pukul 2.40 petang.

“Siasatan lanjut akan dijalankan ke atasnya berhubung ugutannya sebelum ini untuk menyerang balai polis.

“Sehubungan itu, permohonan akan dibuat ke atasnya di Mahkamah Klang pada pukul 9 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Fadzil, Azwanddin juga akan di siasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat penghinaan ke atas individu.

Semalam, Azwanddin dalam ucapannya di Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy di Klang telah mengeluarkan kenyataan berbau ugutan.

Azwanddin memberitahu beliau akan menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang menyebabkan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×