LEGENDA rock, Datuk Awie yang sinonim dengan gaya berambut panjang, buat julung kalinya tampil dengan imej botak selepas pulang dari menunaikan umrah pada 29 November lalu. Lebih manis, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, mengambil keputusan membotakkan kepala tepat sempena hari ulang tahunnya yang ke-50 pada 24 November lalu ketika berada di Tanah Suci Mekah. Beliau menganggap tindakannya sebagai pengorbanan kecil menzahirkan kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Tuhan sepanjang separuh…










