Arca Sheikh Tamim Hamad Al Thani manifetasi perjuangan rakyat perangi rasuah - Utusan Malaysia

Arca Sheikh Tamim Hamad Al Thani manifetasi perjuangan rakyat perangi rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Dis.- Pembinaan Arca Sheikh Tamim Hamad Al Thani berbentuk telapak tangan terbuka setinggi 12 meter di pekarangan Masjid Putra merupakan satu manifestasi penghargaan Qatar terhadap solidariti rakyat Malaysia dalam memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Apa yang menarik, Malaysia merupakan negara pertama di luar benua Eropah yang mempunyai arca seumpama itu selepas Vienna, Austria dan Gevena, Switzerland.

Malah monumen itu merupakan tertinggi setakat ini berbanding kedua-dua arca sebelum ini yang masing-masing mempunyai ketinggian hanya tiga dan enam meter.

Arca rekaan pengukir terkenal Iraq, Ahmed Al Bahrani itu merupakan hadiah Kerajaan Qatar kepada Malaysia bersempena penganjuran Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Anti Rasuah Sheikh Tamin di sini hari ini.

Majlis perasmian arca itu disempurnakan oleh Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN