ISKANDAR PUTERI 11 Dis. – Penyerahan 13 aset termasuk lori dan bot yang bernilai RM2.27 juta kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri akan dapat memperkasa operasi bantuan bencana khususnya banjir. Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, penyerahan itu juga menunjukkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua daerah dalam fasa bersiap sedia menghadapi banjir pada musim Monsun Timur Laut dari November tahun ini hingga Mac 2019. Menurutnya, selain aset, sebanyak…