IPOH 14 Dis. – Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan perbincangan secara khusus sebelum membuka pintu kepada ahli-ahli UMNO yang telah meninggalkan parti itu. Presidennya, Mohamad Sabu berpandangan, tindakan mereka keluar dari UMNO tidak menyusahkan Pakatan Harapan sebaliknya merupakan satu langkah yang cukup bijak ekoran ‘kapal sudah karam’. “Kalau ada yang memohon, kita akan bincang dulu dalam Amanah dan Pakatan Harapan dan buat keputusan bersama. “Kita akan bincang kedudukan mereka…