AIM sedia beri kerjasama kepada kerajaan - Utusan Malaysia

AIM sedia beri kerjasama kepada kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terbuka untuk memberi kerjasama kepada kerajaan bagi melaksanakan proses undang-undang sekiranya terdapat unsur-unsur meragukan dalam penubuhan anak-anak syarikatnya yang tidak mengikut syarat Surat Ikatan Amanah 26 April 2012 di bawah Klausa 3(C).

AIM
 

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Junaidah Kiting berkata, pengurusan baharu AIM ketika ini menegaskan bahawa tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya wujud amalan ketirisan, penyelewengan atau penyalahgunaan dananya yang berlaku semasa pentadbiran lalu.

Katanya, pada masa sama, AIM sedang berusaha menyiapkan laporan lengkap dan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dalam tempoh terdekat ini sekali gus memberikan ruang kepada undang-undang bagi mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana yang terlibat.

“Sebagai sebuah badan amanah persendirian yang ditubuhkan sejak September 1987, pengurusan AIM sentiasa mengambil perhatian terhadap apa jua isu yang melibatkan soal integriti dalam setiap aspek tadbir urus badan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin dalam sidang Dewan Rakyat semalam mengenai kerajaan akan memulakan prosedur pembatalan Sijil Pemerbadanan AIM kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutamanya dalam penubuhan anak-anak syarikat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN