KUALA LUMPUR 15 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan seorang ahli perniagaan warga Malaysia di Bali, Indonesia atas kesalahan menyeludup dadah, minggu lalu. Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Ali berkata, pihaknya sedang berurusan dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mendapatkan maklumat mengenai kes tersebut. “Setakat ini, apa yang kita tahu jumlah dadah yang dirampas pihak berkuasa Indonesia daripada suspek…