Ahli Kelab Nuri hargai sejarah di Nuri Night at Museum - Utusan Malaysia

Ahli Kelab Nuri hargai sejarah di Nuri Night at Museum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Seramai 52 ahli Kelab Nuri Bank Rakyat menikmati pengalaman unik bermalam di Muzium Negara sambil meneroka khazanah sejarah menerusi program Nuri Night at the Museum pada 21 dan 22 Disember lalu.

NURI2
 

Program ini disertai oleh ahli Kelab berusia 8 hingga 17 tahun dan merupakan kesinambungan daripada program Night at the Museum di Muzium Lukut pada 10 dan 11 Disember 2018 serta Muzium Kota Kuala Kedah pada 16 dan 17 Disember 2018.

Program dua hari satu malam ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya Night Hunters Muzium Negara, sesi ice breaking, latihan dalam kumpulan iaitu membina artifak contoh, eksplorasi burung hantu dan explorace.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kelab Nuri Bank Rakyat dalam mendidik generasi muda untuk lebih menghargai sejarah dan budaya serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

NURI3
 

Menurut Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, program Nuri Night at the Museum ini merupakan platform terbaik Bank Rakyat untuk menghargai ahli Kelab di Kedah, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur di tempat simpanan sejarah serta warisan negara.

Manakala, menurut Kurator Muzium Negara, Fadhliatun Azmi, program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan golongan muda dengan muzium yang selama ini dianggap sebagai tempat menyimpan barang lama.

Program bermalam di Muzium merupakan program tahunan Muzium Negara sejak tahun 2005 bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan menjadi perintis kepada muzium Jabatan Muzium Malaysia di seluruh negara untuk mengadakan program sebegini.

NURI4
 

Pada tahun 2016, Jabatan Muzium Malaysia telah berjaya memahat nama di Malaysia Books of Records (Most Number of Participants Overnight Simultaneously for an Educational Programme at the Museum) menerusi program Perdana Bermalam di Muzium secara serentak di 22 buah muzium dan jumlah penyertaan seramai 1573 orang pelajar dari seluruh negara.

Sempena cuti sekolah, Kelab Nuri telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik di seluruh negara antaranya Nuri Sleeping with the Shark di Aquaria KLCC, Nuri Night at the Library di Terengganu, Nuri Survivor di Sarawak, Nuri Go Kart di Shah Alam, Nuri a day at the library di Sabah, Nuri Explorace di Taiping, Nuri Joran di Lumutdan Nuri Nutrisi di Pulau Pinang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN