KUALA LUMPUR 19 Dis. – Ahli-ahli UMNO kini amat mengharapkan sentuhan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menenangkan kembali ketidaktentuan yang dialami parti setelah diberi peranan menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ahli-ahli parti harap Mohamad mampu meredakan kemelut yang melanda susulan beberapa ahli Parlimen dan pemimpin UMNO meninggalkan parti tersebut. “Saya percaya seluruh ahli-ahli UMNO menantikan sentuhan drastik daripada Mohamad bagi menenangkan kembali ketidaktentuan yang berlaku di dalam parti ini. “Justeru diharap beliau mampu untuk bertindak segera bagi meredakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya